Thecamparound telah berbesar hati untuk sama sama menyertai Pendaki Malaya Camping Challenge. Pihak kami pada mulanya berminat untuk menyertai sebagai perserta malah telah bersedia dengan kumpulan yang lengkap bersama sama rakan pendaki sebelum menyertai pertandingan ini sebagai Penaja Emas. 

Pada acara yang lepas https://campa.site/malaysian-camping-community-meetup-on-buletin-tv3/ kita telah berjumpa dengan ramai penggiat industri jadi kali ini kami lebih teruja untuk menjadi sebahagian dari acara terbaru seumpamanya di Malaysia.

Apa yang penting, kerinduan terhadap Gunung Nuang via Hulu Langat masih dapat dilepaskan dengan berpeluang untuk bercamping di pintu masuk pada hari kejadian nanti. 

Thecamparound Pendaki Malaya Camping Challenge 2019

PENGENALAN PENDAKI MALAYA CAMPING CHALLENGE 2019

Pendaki Malaya Camping Challenge 2019 adalah suatu pertandingan yang menguji asas perkhemahan para pesertanya. Pertandingan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Idea pertandingan ini adalah hasil kolaborasi Penganjur iaitu hikingDOTmy bersama SM Official Channel (SM Clothing).

Di dalam pertandingan ini, sebanyak 6 disiplin dan 2 ujian dipertaruhkan ke atas peserta berkumpulan. Pertandingan ini akan diadili oleh panel-panel terlatih yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Para pemenang akan menerima hadiah berbentuk medal kemenangan, hamper dan hadiah iringan.

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:


• Nama: PENDAKI MALAYA CAMPING CHALLENGE 2019
• Tarikh: 23-24 November 2019 (Sabtu & Ahad)
• Lokasi: Hulu Langat
• Format: Berkumpulan (4 orang dalam setiap kumpulan)

 

TUJUAN PERTANDINGAN PENDAKI MALAYA CAMPING CHALLENGE 2019

Pendaki Malaya Challenge 2019 ini adalah suatu pertandingan berkumpulan yang menguji pengetahuan asas peserta melalui 6 disiplin dan 2 ujian. Para peserta selain bertanding, akan turut didedahkan dengan panduan yang ideal di dalam perkhemahan, dan secara tidak langsung akan diperkasakan dengan ilmu-ilmu asas perkhemahan. Selain dari ilmu perkhemahan ini, para peserta akan dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Para peserta juga akan diterapkan dengan nilai-nilai murni dan berhemah dalam perkhemahan. Secara kesimpulannya, pertandingan seumpama ini dapat melahirkan peserta yang celik perkhemahan; berilmu dan berhemah.
 

CARA MENYERTAI

 https://chat.whatsapp.com/K0QAvONU2My6ALS2OvamIK

BOOTH THECAMPAROUND DI SEPANJANG PERTANDINGAN

Thecamparound juga akan membuka booth bersama sama Rakan Camp Providers jadi jangan lepaskan peluang ini untuk datang sebagai perserta atau penonton dan meriahkan acara yg julung kali diadakan ini. 

Jumpa anda disana!