Dua dua ni khemah saya, pertama..khemah rekaan cross-frame atau popular dipanggil ‘dome’ iaitu Bazoongi 8P (rm390.00) dan kedua, khemah jenis linear frame atau dipanggil tunnel tent..Arpenaz family 4.1 fresh & black (rm749.00).

Khemah tinggi selesa untuk solat & tukar baju

Pemilihan khemah ni saya utamakan yang tinggi (180cm keatas) untuk membolehkan kita berdiri didalamnya dengan selesa bagi tujuan solat/tukar baju dan sebagainya.

Saya gunakan kedua-dua khemah ni untuk 5 orang dengan 2 dewasa + 3 anak (2 tahun, 6 tahun dan 11 tahun).Now saya nak cerita kelebihan dan kekurangan dua jenis khemah ni (khusus pada model yang dinyatakan tu sahaja) berdasarkan rekaan dan kegunaannya..tak la tepat since ni bukan perbandingan ‘apple to apple’.

1. Khemah dome / cross-frame

Untuk khemah jenis cross-frame / dome design bazoongi 8p ni..dimensinya 180cm x 2.4cm x 3m dan seberat 6kg. Ketinggian 180cm tu dibahagian tengahnya since rekaannya jenis dome/kubah.

Bazoongi 8P

Khemah jenis dome ni sesuai untuk aktiviti camp-picnic jenis seharian dilapangan kerana ia cepat dipasang (dalam 10 minit sahaja), dan cepat dirungkai serta dilipat..dalam 10 minit lebih je settle.

Kiranya kalau setakat nak camping picnic tepi pantai dari pagi sampai lewat petang..khemah rekaan ni sangat sesuai. Malah untuk overnight camp pun sangat sesuai.

Khemah jenis dome ni, air ventilationnya sangat baik jika dibuka pintu kerana ada massive door dan dua hala..tetapi kurang baik jika ditutup semua pintunya dimana aliran udara tertutup. Tiada rongga besar untuk kemasukan udara ke kabin.

So..ia bermasalah time nak tidur dan pintu ditutup untuk ruang privasi.So, kalau bermalam di tepi pantai / hutan dengan keadaan pintu ditutup (fully covered), ruang kabin khemah akan berbahang..nak tak nak kena buka pintu utama dan tutup jaring nyamuk sahaja.

Tetapi..kelemahan ini adalah satu kelebihan jika khemah ni digunakan untuk camping dikawasan highland (kawasan tinggi i.e cameron..bukit fraser..genting dll) dimana hawa dingin ditengah malam tidak dapat masuk dalam khemah kerana kurangnya air ventilation..dan haba dari badan dapat memenuhi ruang kabin dengan baik..so ruang kabin tidak la sesejuk diluar.

Bazoongi 8P

Satu perkara yang bagus bab khemah varian dome ini ialah ia kabinnya fully covered (setidak-tidaknya ada mosquito mesh) dan tiada ruang pencerobohan serangga..safety issue ok sangat. Maka ia sangat sesuai untuk digunakan dikawasan yang agak ‘wild’ dimana serangga terbang dan melata diatas tanah banyak bergerak dan berpotensi masuk dalam khemah kita.

Dari segi isu waterproof, material tent ni memang kalis air apatah lagi ia menggunakan dua layer (wall tent + flysheet)..so takdek hal bab hujan.

2. Khemah tunnel.

Arpenaz family 4.1 fresh & black

Untuk khemah jenis tunnel, saya gunakan varian arpenaz family 4.1 fresh & black. Ia seberat 9kg.. ada dua ruang (room & living room) dengan dimensi 1.8 meter tinggi x 2.6 meter lebar x 4.6 meter panjang dan ruang bilik dalamnya 2.4m x 2.7m..ruang selebihnya adalah untuk hall/living room.

Khemah jenis ni sangat sesuai untuk camping dikawasan rendah dan terbuka yakni kawasan yang agak panas. Kenapa? Kerana biarpun ditutup sepenuhnya pintu..air ventilation sangat baik walaupun semua pintu dan tingkap ditutup..udara kekal dapat masuk dari ruang atas. Kekadang boleh rasa hembusan udara sejuk bagaikan ada penghawa dingin built in atas jika camping ditepi sungai. Jadi..kita dapat tidur malam dengan semua ditutup dengan selesa.

Namun..kelebihan air ventilation ni satu kelemahan kalau kita camping kat kawasan highland kerana biarpun semua pintu dan tingkap ditutup..hawa dingin super sejuk akan dapat menerobos masuk dalam khemah, mau kesejukan beku kita dalam tu. Unless kita dapat tutup ventilation area tu..problem solve.

Dari segi safety, ruang selamat hanya dalam ruang ‘room’ sahaja kerana fully covered, sementara ruang hall/living room masih terdedah (ada potential risk) kerana ada bukaan dilantai hadapan dan belakang. So tawakal je la.

Arpenaz family 4.1 fresh & black

Bermakna, nak guna khemah varian ni kawasan agak wild adalah tak sesuai dan lokasi terbaik nak gunakan adalah di kawasan rekreasi terjaga dimana kurangnya ancaman serangga dan haiwan melata.Saya sedang usahakan untuk tutup sepenuhnya ruang hadapan dengan velcro stripe disemua sudut lantai dan sekeliling pintu bilik ni (dengan ditambah jaring) agar kabin living room juga fully covered).

Dari segi tempo sediaan/pemasangan, khemah jenis ni tak sesuai untuk kegunaan ala camp-picnic (daylight used) kerana lambat dipasang, leceh dibawa (berat) serta agak lama proses nak rungkai dan lipat simpan. Untuk letih lelah memasangnya..elok digunakan bagi tempoh yang lama dan selalunya overnight la.

Untuk indeks kalis air (waterproof), tent arpenaz ni walau single layer..materialnya 2000mm p.u..so hujan bukan masalah besar.

Kesimpulannya?

Strong frame.

Both tenth ni ada kesesuaian dan kegunaannya tersendiri, ada kelebihan dan kelemahan. Both menggunakan pole yang kuat dan kukuh, so dari segi rintangan tiupan angin bukan satu masalah. Arpenaz 4.1 f&b boleh tahan tiupan angin 50kmj jika dipasang kemas peg dan tensioner..begitu jugak bazoongi 8p dimana pole frame nya sama tebal seperti arpenaz 4.1 dan rekaan dome lebih aerodinamik untuk tiupan angin.

Saiz?

Dari segi saiz..kedua duanya dapat tampung 5pax dengan selesa since bazoongi memang untuk 8 person secara closed fit dan arpenaz 4.1 f&b plak 4 person closed fit di ‘bilik’ dan 4 person di ‘hall/living room’.

Duration used.

Dome tent lagi sesuai untuk camp-picnic dan overnight camping sedangkan arpenaz 4.1 f&b plak sesuai untuk overnight camping sahaja.

Untuk protected cabin?

Dome tent lebih sesuai untuk all round area, baik hutan yang agak wild dan kawasan terjaga sementara arpenaz 4.1 f&b lebih sesuai untuk kawasan yang terjaga sahaja.

Untuk heat regulation vs air ventilation?

Arpenaz 4.1 f&b plak sesuai untuk kawasan terbuka dan panas kerana kabinnya tidak mengumpul haba tetapi tidak sesuai untuk highland area berbanding dome tent plak sebaliknya (ini bagi isu sekiranya all door closed) dimana ia menghalang kesejukan luar masuk dalam khemah.

Ada faktor lain seperti wall material yang kalis uv, satu layer dan dua layer dan sebagainya tetapi tidak dibincangkan.

Apa apa pun..dalam hal camping ni, kebanyakannya adalah subjektif dan banyak pembolehubah, tiada ada betul salah..cuma tepat tak tepat, sesuai dan lebih sesuai sahaja..so..takdek hal la guna yang mana pun..janji enjoy!

Saya tulis ni untuk kengkawan yang mungkin berkira kira nak amik bazoongi 8p atau arpenaz 4.1 f&b…mudah-mudahan ada manfaat.

Sumber: Wan Aquarist berkongsi Tips & Review ini di Group Facebook Family Camping Malaysia

Wan Aquarist



Terima kasih berkongsi dengan kami juga!

Jangan lupa untuk check out Shop untuk beli khemah jenama Bazoongi