Hammock camping merupakan sistem paling ringkas untuk orang perseorangan atau kumpulan kecil, senang nak selit walaupun campsite dah penuh. Hanya perlu pastikan tempat tu ada pokok je. Kat Malaysia banyak pokok. Kecuali kat puncak gunung atau padang padang, tak sesuai untuk hammock camping.

Hammock Ukulele GIF by Northern Illinois University - Find & Share on GIPHY

Dimana tempat sesuai untuk hammock camping? Kami selalu tanya sebelum pergi camping tempat tu hammock camping friendly atau tak. Kadang kadang walaupun ada pokok, terlalu besar – susah nak ikat tali hammock, tree hugger tak muat atau terlalu kecil – berat badan agak membebankan dan boleh merosakkan pokok atau lebih teruk, patah pulak pokok nanti.

Walaupun begitu, hammock setup sangat ringkas dan ringan, bawa kedua dua hammock dan khemah pun ok, dah sampai baru tengok keadaan dan mood untuk tent atau hammock camping. Untuk yang selalu pack banyak barang penuh kereta tak boleh amalkan cara ni.

hammock camping

Ada kerja di Melaka, tapi malas nak cari Hotel. So decide utk hammock camping je kat Pantai Puteri.

-Mahathir Che Amad

Mahathir Che Amad berkongsi di group Family Camping Malaysia. Beliau merupakan seorang Medical Officer yang berkhidmat di Sungai Besar Selangor. Jauh jugak tu outstation kat Melaka, rugi kalau tak dapat menikmati sunset tepi pantai menghadap arah Selat Melaka

View Selat Melaka tepi pantai

hammock camping
hammock camping
View sunset memang sangat cantik.

Pantai Puteri terletak di Tanjung Kling, Melaka Tengah, Melaka, kira kira 12km dari Pusat Bandar Melaka. Terkenal dengan pemandangan yang cantik, gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan, dan ada yang mengatakan air pantai disini lebih bersih dari tempat lain sekitar Melaka.

Kemudahan sekitar Pantai Puteri

Dinner tapau je kat restoran kegemaran Pak Putra. Makanan jangan risau banyak kedai & gerai makan tepi jalan. Toilet awam banyak ada 4 sepanjang pantai. 3 toilet buka 7.00AM -7.00PM. Satu toilet di blkg medan selera buka 24 jam. Lampu spotlight ada di sepanjang pantai.

Panduan lengkap untuk menjawab persoalan yang mungkin anda akan tanya

Terima kasih Mahathir Che Amad sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Tak dinafikan, keberanian dan pengetahuan amat penting sebelum dapat gantung hammock dengan selamat kat tempat awam seperti Pantai Puteri ini.

Sekarang dah tahu kat sini memang seronok untuk ber-hammock, jom!

Tempat lain untuk hammock camping

Kalau anda pun nak hammock camping, boleh klik artikel lama kami The Hammock and The Tent at Rumah Ndoi, Baling, Kedah